SUKAN SK PANDASAN 2012
KOTA BELUD : Sukan sekolah mampu lahirkan atlet yang
berpotensi untuk negara, kata Guru Besar SK Pandasan, Noorsiah Maimin semasa
berucap dalam Temasya Sukan peringkat sekolah tersebut dekat sini.
Noorsiah berkata atlet yang cemerlang di peringkat kebangsaan
adalah kelahiran di peringkat sekolah. Sehubungan itu ibu bapa perlu memberi
sokongan terhadap program sekolah untuk melahirkan atlet yang cemerlang,
katanya.
Beliau seterusnya mengucapkan tahniah di atas penglibatan
murid dalam beberapa acara yang disertai di samping ibu bapa yang menyokong
program ini.
“Saya menegaaskan bahawa sukan sekolah yang diadakan ini
tidak menjejaaskan akademik anak-anak sebaliknya akan membina keyakinan diri di
kalangan mereka untuk berpotensi dalam kehidupan pada masa akan datang”,
katanya.
Dalam acara tersebut Rumah Sukan Tun Mustapha menjuarai
keseluruhan acara, manakala olahragawan disandang oleh Mohd Nazri Jaban dan
olahragawati pula disandang oleh Lyejoren Lokisinin.
0 comments:
Post a Comment