Powered by Blogger.

Thursday 25 October 2012

MALAM SENANDUNG PUISI RAKYAT SK PANDASAN MERIAH






Malam Senandung Puisi Rakyat yang diadakan di  Anjung SK Pandasan Kota Belud sangat meriah dengan kehadiran 300 orang ibu bapa serta masyarakat sekitarnya. Program tersebut dianjurkan oleh SK Pandasan bersama PIBG dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Pandasan dengan kerjasama Majlis kaunselor Kota Belud dan Pejabat Peneranga Kota Belud.



Senandung Puisi Rakyat diadakan bertujuan untuk mengetengahkan puisi tradisional di mana ada di kalangan ibu bapa dan masyarakat sekitar yang berbakat mempersembahkannya. Selain itu, acara baca puisi diadakan bagi memberi  motivasi dan pendedahan kepada murid sekolah teknik  dan gaya pengucapan yang menarik.
Kehadiran pelakon Filen ‘Gerimis Mengundang’ dan juga aktivis teater Sabah, A.Karim Kadir dan penyair, Nandra Hitong telah menghangatkan suasana malam itu. Mereka berdua bertindak sebagai hos bagi acara tersebut sekaligus sebagai pembuka tirai kepada acara tersebut buah  telah mengkagumkan para tetamu yang hadir.


ROSMINAH,DUSUK TIGA DARI KANAN MENGABADIKAN KENANGAN BERSAMA PENYAIR DAN TETAMU KHAS

Di antara penyair jemputan yang hadir ialah Ramli AR, Sibanita AS,Alkesah Bidin,Zainorain Makbul ,Dulamid Rudin,Mabulmaddin Shaiddin,Liy Satun, Hj Majad, Norawi Hj Kata, Samad Datuk Ismail. Juara deklamasi puisi kebangsaan lima tahun lalu, Dulamid Rudin telah menyampaikan seloka dan gurindam  nasihat kepada murid-murid SK pandasan, manakala Liy satun telah menyampaikan Syair Kubur.



BERBAKAT.....AMIRA JAMAL,PELAJAR TAHUN LIMA,SK PANDASAN

Para penonton terpegun dengan persembahan A.Karim Kaddir  yang mendklamasi puisi ‘Kudaku Lari’ ,’Kucingku Luka’ dan ‘Luka kakiku’. Manakala Nandra Hitong telah membawa puisi mantera dan puisi-puisi jenaka. Persembahan tersebut lebih menghiburkan lagi  di mana gesekan biola oleh Paanting Ma’Mad dan persembahan Kuriding oleh Eluk Madarin yang mengiringi beberapa persembahan baca puisi.
Persembahan pelajar juga mengkagumkan ibu bapa yang hadir di mana adik Amira Jamal dengan petah menyampaikan puisi perjuangan. Manakala HJ majad tampil dengan puisi puisi Samah Bajau yang tidak kurang menariknya.



ENCIK ILUK MENUNJUKKAN KECEKAPAN BERMAIN KURIDING

Malam Senandung Puisi Rakyat telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud, Rosminah Suhaibul. Dalam ucapannya,beliau berkata acara tersebut dapat mengeratkan silaturahim di kalangan guru-guru dan ibu bapa. Selain itu dapat memberi  rangsangan kepada murid kerana aktiviti seumpama itu termasuk dalam kategori sokongan bahasa.


PAKCIK PANTING BERSAMA BIOLANYA

“Saya berharap acara seumpama ini dapat diteruskan kerana ianya dapat memasyarakatkan sekolah di samping  mendorong semangat juang anak didik untuk menjadi pelajar yang cemerlang”, katanya.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Guru Besar SK Pandasan, Puan Noorsiah Maimin.

Read more...

KUNJUNGAN KE RUMAH MURID





KUNJUNGAN…. Guru Besar SK Pandasan, Kota Belud,Noorsiah Maimin serta rombongan guru-guru Linus telah berkunjung ke rumah Asral Nurdin yang merupakan murid Linus di sekolah tersebut. Kunjungan tersebut adalah bertujuan memberi motivasi kepada keluarga dan memastikan keadaan sebenar keluarga murid tersebut .  Hasil dapatan kunjungan tersebut , Noorsiah mengesahkan bahawa murid tersebut  perlu dibantu dan beliau mengharapkan pihak  berwajib  sudi membantu keluarga tersebut bagi memotivasikan pembelajaran Asral Nurdin. Beliau sempat menasihatkan ibu kepada Asral agar sentiasa memastikan anak-anaknya belajar bersungguh demi  masa depan yang lebih cemerlang.
“Saya amat bersimpati melihat keadaan persekitaran kediaman murid ini kerana persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan motivasi murid untuk belajar”, katanya.
Kelihatan, Noorsiah(dua dari kanan) bersama guru-guru Linus sedang memberi semangat buat ibu kepada Asral.

Read more...

Sunday 21 October 2012

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012









PERKHEMAHAN …… Searamai 150 orang murid menyertai perkhemahan unit berunifor yang terdiri daripada Persatuan Pengakap, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pandasan, Kota Belud. Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, Rabani Raziki perkhemahan itu diadakan bertujuan untuk menyutik keyakinan diri di kalangan murid di samping memberi kemahiran berdikari, pengurusan diri,pengurusan masa yang relevan dengan kehidupan seharian.
“Saya yakin murid-murid yang didedahkan ilmu semaa perkhemahan ini akan lebih berpotensi dalam semua bidang kerana mereka diterapkan dengan nilai-nilai murni dan keyakinan diri yang tinggi” , katanya. Turut hadir ialah Guru Besar SK Pandasan, Noorsiah Maimin.

Read more...

SUKAN SK PANDASAN 2012










KOTA BELUD  :  Sukan sekolah mampu lahirkan atlet yang berpotensi untuk negara, kata Guru Besar SK Pandasan, Noorsiah Maimin semasa berucap dalam Temasya Sukan peringkat sekolah tersebut dekat sini.
Noorsiah berkata atlet yang cemerlang di peringkat kebangsaan adalah kelahiran di peringkat sekolah. Sehubungan itu ibu bapa perlu memberi sokongan terhadap program sekolah untuk melahirkan atlet yang cemerlang, katanya.
Beliau seterusnya mengucapkan tahniah di atas penglibatan murid dalam beberapa acara yang disertai di samping ibu bapa yang menyokong program ini.
“Saya menegaaskan bahawa sukan sekolah yang diadakan ini tidak menjejaaskan akademik anak-anak sebaliknya akan membina keyakinan diri di kalangan mereka untuk berpotensi dalam kehidupan pada masa akan datang”, katanya.
Dalam acara tersebut Rumah Sukan Tun Mustapha menjuarai keseluruhan acara, manakala olahragawan disandang oleh Mohd Nazri Jaban dan olahragawati pula disandang oleh Lyejoren Lokisinin.

Read more...

PROGRAM MERDEKARAYA


KOTA BELUD : Program Merdeka Raya  yang diadkan di sekolah yang melibatkan ibu bapa, guru-guru dan pemimpin setempat mampu mengwujudkan persefahaman dan perpaduan bagi kecemerlangan waarga sekolah.
     Guru Besar SK Pandasan, Noorsiah Maimin berkata program itu dapat menyambung silaturrahim di antara ibu bapa atau penjaga murid dan warga sekolah kerana saat itulah peluang yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk bermesra dengan guru-guru, katanya semasa berucap dalam program Merdeka Raya peringkat sekolah kebangsaan Pandasan dekat sini.
     “Saya yakin ibu bapa sentiasa sibuk dengan tugas-tugas harian, tapi dengan adanya program seumpama ini serba sedikit ibu bapa dan guru dapat bertukar-tukar fikiran untuk kecemerlangan sekolah”, katanya.
     Merdeka Raya adalah singkatan bagi perayaan Aidil-Fitri dan sambutan kemerdekaan Malaysia yang mana konsep perayaan dan merdeka digabungkan. Pelbagai acara diadakan di antaranya ialah pertandingan menganyam ketupat di antara ibu bapa dan guru-guru,basikal berhias untuk murid-murid,pakaian Hari Raya tercantik,pakaian kebangsaan tercantik dan larian tukar bendera.
     Menurut Noorsiah program tersebut amat bermakna kepada murid-murid di sekolah tersebut untuk memperingati mereka sejarah kemerdekaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.
     “Pendidikan tidak hanya berlaku dalam bilik darjah tapi ianya juga berkesan melalui program seumpama ini kerana murid-murid telah dilatih bergaul di kalangan pelbagai kaum di samping menanam cinta kan negara melalui program melukis bendera Malaysia terpanjang peringkat sekolah”, katanya.
     Turut hadir ialah Pengerusi PIBG SK Pandasan,Jemain Suin dan pemimpin masyarakat yang berhampiran.






Read more...

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH







KOTA BELUD : Sukan dapat mendidik  keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat meningkatkan usaha dalam pembelajaran di dalam bilik darjah, kata Penyelia Pelajaran Daerah Kota Belud,Safri Musa.
     Menurutnya, sukan dapat memberi keseronokan kepada murid tapi dalam masa yang sama ia juga dapat membuka minda mereka untuk bergaul di kalangan rakan dan mencetuskan semangat persaingan yang sihat.
     “Saya mengharapkan agar ibu bapa dapat memberi galakan kepada anak-anak  dalam bidang sukan kerana aktiviti sihat seumpama ini membolehkan mereka cergas dari segi fizikal dan mental di samping seronok untuk bersaing di kalangan rakan” , katanya semasa merasmi penutupan Festival Sukan pra sekolah  peringkat zon Utara di SK Pandasan dekat sini.
     Beliau juga mengalu-alukan agar aktiviti it uterus dianjurkan setiap tahun dan beliau mengucapkan tahniah kepada SK Pandasan kerana dapat mengelolakan sukan seumpama itu bagi murid pra sekolah yang masih berusia 6 tahun.
     Terdahulu itu, Guru Besar SK Pandasan,Noorsiah Maimin berkata sukan seumpama itu merupakan kejayaan guru-guru pra sekolah dengan kerjasssama ibu bapa yang ingin mempopularkan sukan bermula dari peringkat usia lima atau enam tahun.
     Hadir sama ialah Pegerusi PIBG SK Pandasan, Jemain Suin  dan guru-guru besar di zon utara.

Read more...

Thursday 18 October 2012

SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL





Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Pandasan, Kota Belud telah menyertai sambutan Maulidur-Rasul Peringkat Daerah Kota Belud pada awal tahun ini. Sambutan Maulidur-Rasul tahun ini telah dirasmikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia. Tahniah kepada Panitia Agama Islam yang telah berusaha membawa para pelajar menyertai program ini. Seseungguhnya program seumpama ini amat bermakna kepada murid dan staf SK Pandasan untuk mengingati  kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2012

Back to TOP