Powered by Blogger.

Sunday 21 October 2012

PROGRAM MERDEKARAYA


KOTA BELUD : Program Merdeka Raya  yang diadkan di sekolah yang melibatkan ibu bapa, guru-guru dan pemimpin setempat mampu mengwujudkan persefahaman dan perpaduan bagi kecemerlangan waarga sekolah.
     Guru Besar SK Pandasan, Noorsiah Maimin berkata program itu dapat menyambung silaturrahim di antara ibu bapa atau penjaga murid dan warga sekolah kerana saat itulah peluang yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk bermesra dengan guru-guru, katanya semasa berucap dalam program Merdeka Raya peringkat sekolah kebangsaan Pandasan dekat sini.
     “Saya yakin ibu bapa sentiasa sibuk dengan tugas-tugas harian, tapi dengan adanya program seumpama ini serba sedikit ibu bapa dan guru dapat bertukar-tukar fikiran untuk kecemerlangan sekolah”, katanya.
     Merdeka Raya adalah singkatan bagi perayaan Aidil-Fitri dan sambutan kemerdekaan Malaysia yang mana konsep perayaan dan merdeka digabungkan. Pelbagai acara diadakan di antaranya ialah pertandingan menganyam ketupat di antara ibu bapa dan guru-guru,basikal berhias untuk murid-murid,pakaian Hari Raya tercantik,pakaian kebangsaan tercantik dan larian tukar bendera.
     Menurut Noorsiah program tersebut amat bermakna kepada murid-murid di sekolah tersebut untuk memperingati mereka sejarah kemerdekaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.
     “Pendidikan tidak hanya berlaku dalam bilik darjah tapi ianya juga berkesan melalui program seumpama ini kerana murid-murid telah dilatih bergaul di kalangan pelbagai kaum di samping menanam cinta kan negara melalui program melukis bendera Malaysia terpanjang peringkat sekolah”, katanya.
     Turut hadir ialah Pengerusi PIBG SK Pandasan,Jemain Suin dan pemimpin masyarakat yang berhampiran.






0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2012

Back to TOP