Powered by Blogger.

Thursday 25 October 2012

MALAM SENANDUNG PUISI RAKYAT SK PANDASAN MERIAH






Malam Senandung Puisi Rakyat yang diadakan di  Anjung SK Pandasan Kota Belud sangat meriah dengan kehadiran 300 orang ibu bapa serta masyarakat sekitarnya. Program tersebut dianjurkan oleh SK Pandasan bersama PIBG dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Pandasan dengan kerjasama Majlis kaunselor Kota Belud dan Pejabat Peneranga Kota Belud.



Senandung Puisi Rakyat diadakan bertujuan untuk mengetengahkan puisi tradisional di mana ada di kalangan ibu bapa dan masyarakat sekitar yang berbakat mempersembahkannya. Selain itu, acara baca puisi diadakan bagi memberi  motivasi dan pendedahan kepada murid sekolah teknik  dan gaya pengucapan yang menarik.
Kehadiran pelakon Filen ‘Gerimis Mengundang’ dan juga aktivis teater Sabah, A.Karim Kadir dan penyair, Nandra Hitong telah menghangatkan suasana malam itu. Mereka berdua bertindak sebagai hos bagi acara tersebut sekaligus sebagai pembuka tirai kepada acara tersebut buah  telah mengkagumkan para tetamu yang hadir.


ROSMINAH,DUSUK TIGA DARI KANAN MENGABADIKAN KENANGAN BERSAMA PENYAIR DAN TETAMU KHAS

Di antara penyair jemputan yang hadir ialah Ramli AR, Sibanita AS,Alkesah Bidin,Zainorain Makbul ,Dulamid Rudin,Mabulmaddin Shaiddin,Liy Satun, Hj Majad, Norawi Hj Kata, Samad Datuk Ismail. Juara deklamasi puisi kebangsaan lima tahun lalu, Dulamid Rudin telah menyampaikan seloka dan gurindam  nasihat kepada murid-murid SK pandasan, manakala Liy satun telah menyampaikan Syair Kubur.



BERBAKAT.....AMIRA JAMAL,PELAJAR TAHUN LIMA,SK PANDASAN

Para penonton terpegun dengan persembahan A.Karim Kaddir  yang mendklamasi puisi ‘Kudaku Lari’ ,’Kucingku Luka’ dan ‘Luka kakiku’. Manakala Nandra Hitong telah membawa puisi mantera dan puisi-puisi jenaka. Persembahan tersebut lebih menghiburkan lagi  di mana gesekan biola oleh Paanting Ma’Mad dan persembahan Kuriding oleh Eluk Madarin yang mengiringi beberapa persembahan baca puisi.
Persembahan pelajar juga mengkagumkan ibu bapa yang hadir di mana adik Amira Jamal dengan petah menyampaikan puisi perjuangan. Manakala HJ majad tampil dengan puisi puisi Samah Bajau yang tidak kurang menariknya.



ENCIK ILUK MENUNJUKKAN KECEKAPAN BERMAIN KURIDING

Malam Senandung Puisi Rakyat telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud, Rosminah Suhaibul. Dalam ucapannya,beliau berkata acara tersebut dapat mengeratkan silaturahim di kalangan guru-guru dan ibu bapa. Selain itu dapat memberi  rangsangan kepada murid kerana aktiviti seumpama itu termasuk dalam kategori sokongan bahasa.


PAKCIK PANTING BERSAMA BIOLANYA

“Saya berharap acara seumpama ini dapat diteruskan kerana ianya dapat memasyarakatkan sekolah di samping  mendorong semangat juang anak didik untuk menjadi pelajar yang cemerlang”, katanya.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Guru Besar SK Pandasan, Puan Noorsiah Maimin.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2012

Back to TOP